Inisiatif Bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Negeri Kelantan RM 29 Juta

webmaster

Persidangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 14 Syaaban 1441H Bersamaa 08 April 2020M telah bersetuju membuat ketetapan bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat Negeri Kelantan antaranya:

1. Peruntukan Khas kali ketiga sebanyak RM20 Ribu sebagai Bantuan Rakyat akan disalurkan kepada semua Pusat Khidmat DUN (PKD).

2. Pemberian tunai RM 500 (secara one off) kepada penjawat awam Negeri Kelantan dan RM 250 bagi kakitangan Lantikan Politik.

3. Pengecualian sewa premis Kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Selama dua (2) bulan bagi Peniaga Kecil Sahaja (sewa tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

4. Elaun Khas RM 300 (secara One Off) kepada petugas barisan hadapan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam sektor pembersihan dan penguatkuasaan termasuk penghulu, penggawa dan kakitangan pejabat penggawa.

5. Pemberian Bantuan Belanjawan Mengurus kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengimbangi jangkaan defisit PBT disebabkan impak pengecualian sewa premis serta operasi tambahan Covid-19 yang ditanggung.

6. Kerajaan Negeri memutuskan tiada Bazar Ramadhan bagi Negeri Kelantan pada tahun ini.

7. Pemakluman pakej rangsangan akan dibuat dari semasa ke semasa.

“Merakyat Membangun Bersama Islam”

YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
14 Syaaban 1441H/ 08 April 2020M

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1271512473038867

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan tangani segera kebajikan rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan dianggap bertindak segera dalam mendepani isu kebajikan rakyat ketika menghadapi musibah Covid-19 yang berlaku sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bertindak membantu rakyat yang terkesan wajar diberikan pujian. Katanya, bantuan rangsangan yang diumumkan Perdana Menteri Tan […]

Subscribe US Now