INKUES: AGENDA POLITIK PH BURUKKAN KELANTAN

Oleh: Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Tindakan berterusan kerajaan PH menjadikan Kelantan sebagai sasaran dendam politik tidak dapat dinafikan lagi.

Mohd Amar melawat Taman Memorial Keamanan di Jalan Padang Tembak.

Terbaharu Jabatan Peguam Negara memfaikan afidavit terhadap Kelantan berkaitan kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh.

Pegawai khas Peguam Negara Khong Hui Li dilapor berkata, insiden kematian penduduk terbabit menggambarkan kerajaan negeri gagal melindungi hak Orang Asli di Gua Musang.

Malah pada awal tahun ini Peguam Negara Tommy Thomas memfail injuksi di mahkamah tinggi bagi menghalang pencerobohan tanah adat Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, cadangan inkues terhadap kejadian menimpa Orang Asli di Kampung Kuala Koh dilihat mempunyai agenda politik untuk memburuk imej kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri berpandangan usaha itu tidak diperlukan kerana pelbagai agensi serta jabatan kerajaan persekutuan telah membuat kenyataan menjelaskan punca kematian penduduk terbabit.

“Jelas wujud segelintir pihak yang tidak berpuas hati setelah laporan dikeluarkan pihak berkenaan menyebelahi kerajaan negeri di mana mereka tiada alasan untuk menyalahkannya.

“Ini seolah-olah kita tidak percaya dengan laporan yang dibuat agensi kerajaan persekutuan itu sendiri, kita sendiri tidak pertikai kerana kita tahu mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing,” katanya di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Memorial Keamanan di Jalan Padang Tembak di sini Pengkalan Chepa, yang merupakan simbol persahabatan antara Kota Bharu dan Kasaoka.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan menjelaskan kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh akibat demam campak.

Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata, faktor penyumbang penularan jangkitan demam campak dalam komuniti Orang Asli di Kuala Koh kerana liputan imunisasi yang rendah. – HARAKAHDAILY 4/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11808-inkues-agenda-politik-ph-burukkan-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment