Institusi pondok makin bertambah di Kelantan

BACHOK: Kegemilangan institusi pendidikan pondok tradisional di Kelantan kembali menyerlah di mana sekarang jumlahnya meningkat kepada 50 buah.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkta, pertumbuhan banyak pondok di Kelantan sekarang menggambarkan perkembangan positif yang berlaku di bawah kepimpinan ulama.

Katanya, kemunculan banyak institusi pondok diharap dapat menambahkan lagi keberkatan kehidupan rakyat.

“Dalam manifesto yang akan kita umumkan esok beberapa usaha akan dilakukan bagi memastikan institusi pondok terus kekal di Kelantan.

“Kerajaan negeri menzahirkan komitmen untuk terus memperkasakan institusi pendidikan pondok yang semakin berkembang selaras dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam,” katanya pada Ijtimak Pondok Bangkit Pertahan Kelantan di Pusat Pengajian Pondok, Kandis di Kampung Telong di sini semalam.

Ribuan pelajar dan guru pondok dari seluruh Kelantan hadir pada program tersebut.

Turut hadir Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Dato’ Hassan Mohamood, tenaga pengajar Pusat Pengajian Pondok, Tuan Guru Wazir Che Awang, ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantna, Ustaz Nik Radhi Nik Mat dan Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali, Ustaz Tuan Sharifuddin Tuan Ismail. – HARAKAHDAILY 22/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment