Institusi Pondok Mampu Melahirkan Ilmuan Islam Berkaliber

webmaster

KOTA BHARU – Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang banyak tertubuhnya pondok-pondok pengajian agama dan institusi-instusi pengajian tinggi agama berbanding dengan negeri-negeri lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah Ya’kub berkata demikian sewaktu berucap mewakili Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan pada Majlis Perasmian Sambutan 65 Tahun dan Hari Murabbi 2019M/1440H di Pondok Pasir Tumboh semalam.

Katanya, pengasas-pengasas pondok yang khususnya terdiri daripada guru-guru agama dan para ulamak amat besar jasa mereka dalam melahirkan generasi berpendidikan agama di Negeri Kelantan khususnya.

“Sejak tahun 1909 sistem pengajian pondok telah mula berkembang di nusantara ini dan memainkan peranan yang cukup penting dalam melahirkan ilmuan Islam dan ulamak.

Sejarah pondok di Kelantan cukup gemilang apabila berhasil melahirkan ulamak-ulamak besar dan terkenal di seluruh negara khususnya dan peringkat nusantara amnya,” katanya.

Tambahnya, Pondok Pasir Tumboh adalah merupakan destinasi terpenting yang menjadi kunjungan pelancong terutamanya dalam program-program ilmu dan warisan dari seluruh dunia.

“Berkat dukungan alim ulamak maka kita dapat pertahankan kerajaan yang ada sekarang ini sejak tahun 1990 dan sejak itu banyak program-program yang kita laksanakan ditiru oleh orang lain.

Tidak ketinggalan juga kedapatan ulamak daripada pondok yang telah menjadi pemimpin diperingkat Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri itu sendiri. Ini bererti, institusi pondok daripada semasa ke semasa sentiasa melahirkan bukan setakat ulamak akan tetapi umara’ yang berkaliber,” katanya.

Pada majlis tersebut, Timbalan Mudir 2 Pondok Pasir Tumboh 2018/2020 dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Murabbi Pondok 1440 H.- UPKN KELANTAN 4/4/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Marzuk dedah isu kontraktor bumiputera di Medan Ilmu

KOTA BHARU: Setelah gagal mendedahkan bukti di parlimen, hari ini ahli parlimen Pengkalan Chepa Ustaz Ahmad Marzuk Shaary ‘membongkar’ pula di Medan Ilmu. Katanya, pada persidangan parlimen baru-baru ini beliau tidak dibenarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan bukti kontraktor bumiputera sekarang teraniaya. “Pada persidangan parlimen saya tidak dibenarkan mendedahkan kontraktor […]

Subscribe US Now