Internet di Masjidilharam berkelajuan tinggi

tenet-1MAKKAH: Mungkin agak berbeza dengan negara kita yang kemudahan internet agak ketinggalan, sedangkan di sini kemudahan 4G disediakan.

Penyedia perkhidmatan telefon mudah alih menyediakan kemudahan pemancaran dijarak yang dekat.

Misalnya di kawasan Masjidilharam kedudukan peralatan pemancaran hanya sekitar 100 meter antara satu sama lain.

Malah ia dibina dengan tiang lebih rendah tanpa menggunakan menara tinggi seperti di Malaysia.

Di sini dua penyedia kemudahan telefon mudah alih popular iaitu Zain dan Mobily.

Masing-masing syarikat itu menawarkan pakej istimewa sempena musim haji sekarang. Misalnya Zain menawarkan 5 GB untuk tempoh 30 hari dengan harga SR80.

Manakala 10 GB pula untuk tempoh 90 hari ditawar dengan harga  SR130.

Kemudahan alat pemancar juga boleh ditemui di mana-mana termasuk di Madinah, Arafah, Muzdalifah dan Mina.

tenet-2Biarpun kerajaan Malaysia sudah lama menguar-uarkan mahu menyediakan kemudahan tinggi berkelajuan tinggi, namun ia agak ketinggalan berbanding di sini.

Sementara itu rata-rata jemaah haji mengambil kesempatan membeli belah sebelum pulang ke tanah air.

Deretan kedai di kiri kanan jalan menuju ke Masjidilharam sibuk mempromosi harga istimewa.

Antara produk yang menjadi pilihan ramai iaitu jubah, sejadah, tasbih, beg dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun kerancakkan urusniaga agak berkurangan berbanding sebelum ini memandang sudah ramai jemaah pulang ke negara masing-masing. – HARAKAHDAILY 22/9/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment