IRA: PINDAAN BAKAL ‘TINDAS’ 15 JUTA PEKERJA

webmaster

KERAJAAN PH seolah-olah bersikap rejim apabila mengemukakan usul pindaan RUU Akta Perhubungan Perusahaan (IRA) tanpa merundingkannya dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia juga menunjukkan PH mengenepikan budaya berbincang bersama badan atau para peneraju yang memimpin dan menaungi hal ehwal pekerja di negara ini.

Lantaran itu, bantahan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) wajar apatah lagi draf RUU yang dibawa dilihat mempunyai muslihat. Secara terang nyata ia bakal memberi keburukan kepada nasib lebih 15 juta pekerja di negara ini terutama berkait hak-hak mereka di masa depan.

Tindakan diambil menerusi Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran pada pindaan itu telah membuka kepada perpecahan melibatkan kesatuan sekerja khususnya. Apakah sememangnya ‘tabiat’ pemerintahan PH untuk meluaskan corak ‘pecah perintah’ supaya kelak golongan pekerja boleh ‘dikawal’ untuk kepentingan?

Menerusi pindaan ini PH bagaikan sedang merencana untuk melemahkan kesatuan para pekerja, bahkan mewujudkan pula pertembungan sesama persatuan yang bakal dicerai-beraikan. Mungkinkah setelah itu akan ada penindasan dan ketidakadilan terhadap persatuan yang tidak seia-sekata dengan pihak berkuasa?

Sebaliknya persatuan yang sedia mengikut ampu segala perintah suruh, akan dipelihara atau diistimewakan secara terpilih? Akibatnya, akan berleluasalah monopoli, manipulasi, memperalat dan mengkambinghitamkan sebahagiannya, malah ada pula pihak yang diberi kelebihan atas pelbagai kepentingan dimahukan.

Apabila keadaan ini berlaku, ia sebenarnya akan mewujudkan gangguan dan ketidakharmonian perindustrian. Rundingan Perjanjian Bersama (CA) akan berpihak secara tidak saksama atas percanggahan dan tuntutan tidak selaras. Namun, pihak yang sering menjadi mangsa adalah golongan bawahan yakni para pekerja.

Begitu juga apabila pindaan meletakkan kes-kes pekerja dibawa ke Mahkamah Sivil, telah dilihat oleh para pembela pekerja sebagai langkah kerajaan melarikan isu berkaitan dari Mahkamah Perusahaan. Malah di sebalik itu ianya juga dicurigai bermotif untuk mengkomersialkan khidmat guaman ke atas kes-kes pekerja.

Terdapat lagi aspek lain di dalam pindaan yang dibuat menjadikannya sebagai ‘penambahburukan’ dan bukannya ‘penambahbaikan’ seperti diharapkan. Sehubungan itu, RUU ini sama sekali mesti dibantah dan kepentingan serta masa depan pekerja mesti dijamin demi memastikan sumbangan yang membangun dan memajukan negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB DATO’ SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ahli Parlimen Rantau Panjang
Pengerusi
Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat– HARAKAHDAILY 18/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/18/ira-pindaan-bakal-tindas-15-juta-pekerja/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DEDAH KEKEJAMAN KOMUNIS TERHADAP UYGHUR

KOTA BHARU: Banyak lagi siri pendedahan akan diadakan bagi memberi maklumat mengenai kekejaman kerajaan Komunis China terhadap kaum minoriti Uyghur di negara itu. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim berkata, perkongsian daripada mangsa terlibat di China akan memberi maklumat kepada rakyat negara ini akan […]

Subscribe US Now