Islam hanya akan nampak apabila diamalkan

webmaster

PARA pendakwah perlu menonjolkan kemurnian Islam bukan hanya dari kata-kata, sebaliknya perilaku dan tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Islam hanya akan nampak apabila diamalkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Persidangan Dakwah Kebangsaan.Program sehari itu diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC) hari ini.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr Yusof Noor.

Katanya, Islam perlu diamalkan untuk memperlihatkan kecantikannya, kenikmatan, keindahan serta keadilannya.

“Untuk itu saya menyu para pendakwah jangan sembunyikan keIslaman diri apabila berada dalam kalangan bukan muslim.

“Tindakan sedemikian menjadi punca dakwah tidak meluas kerana sikap kita sendiri.

“Islam yang indah terhadang kerana sikap kita sendiri yang tidak mahu menyebarkan kemurniannya,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam berfikir bersama untuk menyampaikan dakwah pada mereka.

Turut hadir pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Naib-Naib Yang Dipertua Perkim Pusat, pimpinan Perkim Kelantan. – HARAKAHDAILY 26/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Adun turun padang bantu mangsa banjir

SEJAK Jumaat lepas hujan sekali sekala lebat mulai melanda Kelantan. Cuaca mendung juga berlaku di hampir kesemua jajahan sehingga sekarang. Hebat lebat menyebabkan kawasan rendah mulai ditenggelami banjir air hujan. Antaranya jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah. Seramai 525 mangsa dipindahkan sehingga jam 10.35 pagi tadi […]

Subscribe US Now