ISTANA KELANTAN KESAL FITNAH DI MEDIA SOSIAL

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Istana Kelantan melahirkan rasa kesal di atas penyebaran gambar-gambar peribadi Sultan Muhammad V di media sosial.

Baginda juga turut berasa kesal berkaitan semua kiriman yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda di media sosial.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan Dato’ Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata Istana Kelantan menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang tidak benar berunsur fitnah yang disiarkan bersama gambar-gambar berkenaan.

Katanya, bukan menjadi kelaziman pihak Istana Kelantan untuk memberi penjelasan berkaitan bualan di media sosial.

“Tetapi Istana Kelantan telah mengambil keputusan untuk menjernihkan kekeruhan yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat.

“Sekali lagi pihak istana menyeru rakyat Kelantan agar tidak terpengaruh dengan penyebaran kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah,” katanya di sini.

Kata beliau berita yang tidak sahih dan khabar angin itu juga menyebabkan berlaku pertelagahan di media sosial. – HARAKAHDAILY 6/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12900-istana-kelantan-kesal-fitnah-di-media-sosial

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

CABARAN MR AWANG SELAMAT DI TEMPAT TERBUKA

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU: Cabaran Mr Awang Selamat patuh syariat akan diadakan di lokasi terbuka dan bukan lagi tertutup seperti pernah dianjurkan sejak 2006. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, agama Islam menggalakkan sukan selagi aktiviti tersebut menepati tuntutan syariat. Oleh itu […]

Subscribe US Now