Istiqamah perjuang Islam jika sayang Almarhum Tok Guru

KOTA BHARU: Tuan Sabariah Tuan Ishak, mengingatkan anggota parti supaya sentiasa beristiqamah dalam perjuangan Islam sekiranya sayangkan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, lafaz sayang tidak ada erti sekiranya tidak istiqamah pada perjuangan Islam yang didokongi PAS.

“Sayang saja tak jadi, kalau tidak ikut apa yang Almarhum perjuangkan dan nasihatkan selama ini.

“Banyak perjuangan Islam yang diperjuangkan pelbagai pihak, tetapi setakat ini hanya perjuangan PAS yang betul,”ujarnya.

Katanya, ini kerana ada pilihan raya untuk menentukan hala tuju pentadbiran negara di samping dasarnya berteraskan al-Quran dan sunnah.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum majlis menyantuni pesakit kronik dalam kawasan Dewan Udangan Negeri (Dun) Salor semalam.

Untuk itu, katanya istiqamah adalah jalan yang terbaik sehingga kemenangan.

Seramai 19 orang anggota Isteri wakil rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) menyantuni 22 orang pesakit dalam Dun Salor.

Turut hadir pada program ziarah itu, Pengerusi Purnama, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid dan timbalannya Datin Asmahani Hussin, setiausaha, Datin Nor Ashikin  Ahmad serta anggota-anggota jawatankuasanya.

Dalam lawatan ke Dun berkenaan, Purnama menziarahi pesakit-pesakit kronik seperti pesakit angin ahmar dan pesakit yang jadi OKU akibat kemalangan jalan raya. – HARAKAHDAILY 31/10/2016

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment