Isu 1MDB: Najib perlu buka mulut

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan sudah tiba masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersuara dalam menjelaskan isu kontroversi berkenaan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji (TH).

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, isu ini tidak boleh diselesaikan oleh pihak lain kecuali Perdana Menteri.

“Isu ini serius sebab orang kampung pun sudah mula marah sebab rasa duit pelaburan mereka disalahguna.

“Lagi lama isu ini berterusan, saya rasa ramai akan ambil tindakan drastik dengan mengeluarkan wang pelaburan mereka kerana merasakan TH membuat pelaburan tidak ikut syariah.

“Malah, kemungkinan prasangka yang pihak pengurusan TH ada kepentingan dan tidak boleh dipercayai akan timbul,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin mendakwa, sekiranya isu ini gagal diselesaikan segera TH akan berdepan dengan keadaan lebih buruk.

“TH boleh ‘collapse’ disebabkan isu ini,” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment