OLEH YB HJ MOHD RUSLI ABDULLAH
Isu kesesakan jalan raya utama dari Wakaf Bharu menghala ke Kota Bharu terutamanya di ’roundabout’ Wakaf Bharu menjadi isu utama sejak bermulanya pelan pembinaan ‘flyover’ jambatan keretapi. Saya sendiri terkesan dan merasai sendiri kesusahan dan kesesakan terutama di waktu puncak pagi dan petang.
Saya memohon kemaafan dari semua pengguna yang melalui jalan ini atas masalah ini. Saya telah membuat aduan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam projek ini terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Alhamdulillah mereka menerima aduan kita dan akan berusaha mencari jalan penyelesaian segera.
Saya juga berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik yang berusaha sedaya upaya mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran perjalan anda.
Saya memohon kesabaran dari semua pengguna sepanjang tempoh pembinaan ini agar dapat merancang perjalanan, mencari jalan alternatif yang sedikit sebanyak keluar dari kesesakan yang teruk ini.
Sekali lagi saya sebagai pimpinan masyarakat disini memohon kemaafan dari semua pengguna dan berterima kasih atas kesabaran menghadapi kesesakan ini dalam jangka masa yang panjang. InsyaAllah ianya akan selesai dan seterusnya memberi kemudahan yang selesa kepada kita semua.
-YB Hj Mohd Rusli Abdullah-
ADUN Wakaf Bharu
04 September 2019
Sumber: https://www.facebook.com/ybhjmohdrusliabdullah/posts/2344699098971083