ISU TEBANG POKOK GETAH

webmaster

Laporan Sinar Harian berkaitan “348 peserta Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang yang mendakwa memiliki 689 hektar tanaman getah dan “ditebang” Kerajaan Kelantan”.

Asas perkaranya bagaimana?

1. Pembantah (peserta Felcra) telah bawa kes ini sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, dan kalah.

2. Tanah itu diteroka oleh Felcra secara ‘haram’. Sebelum tahun 1990-an, kerajaan negeri sebelum PAS mentadbir meluluskan secara dasar tanah kepada Felcra namun tiada sebarang perjanjian dibuat.

3. Menurut undang undang, Felcra telah meneroka tanah tersebut secara “illegal”. Tiada perjanjian dan tiada bayaran dibuat oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri. Membawa makna, Felcra untung, tetapi hasil kerajaan negeri kosong.

4. Pembantah adalah peserta Koperasi Felcra. Mereka telah diberi dividen tahunan. Kerajaan ‘ambil balik’ tanah ini setelah Felcra “memulangkannya” semula untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai yang memerlukan tanah.

5. Jangkaan hampir 500 orang rakyat susah dan miskin yang akan mendapat hak milik. Sebahagian senarai sudah ada di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

6. Kerajaan negeri amat prihatin dan telah mengadakan perbincangan dengan mereka. Pembantah ditawar milik tanah 3 ekar seorang. Namun mereka tolak dan saman kerajaan. Saman dimulakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, kemudian berlanjutan dengan mereka membuat rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, namun kekal kalah dan tuntutan mereka ditolak.

Catatan Petang :
Nazman Che Iberahim
Timbalan Pengarah UPKN Kelantan – UPKN KELANTAN 2/10/2019

Sumber: https://www.facebook.com/nazman.cheiberahim.9/posts/1421493854674420

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

LEBIH 1,200 ASSABIQUN BERHIMPUN DI KELANTAN

OLEH ASLANI M KOTA BHARU: Lebih 1,200 Assabiqun PAS dan veteran Umno dijangka akan berhimpun di Kelantan pada Sabtu ini sebagai memperingati jasawan yang pernah terbabit dengan perjuangan. Setiausaha Assabiqun Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, setiap negeri diminta menghantar sekurang-kurangnya 100 Assabiqun menghadiri pelancaran Hari Asabiqun Malaysia. Katanya […]

Subscribe US Now