Isu Tugu Banjir : Pemuda PAS Jawab Husam

webmaster

1. Kami ucap terima kasih atas keprihatinan YB Dato’ dalam isu tugu banjir ini. Ia membuktikan bahawa Kerajaan Kelantan telah bertindak bijak dalam hal ini. Namun kami kesal dengan maklumat pra matang dan seakan akan tidak membuat “homework” dahulu sebelum meneruskan edisi edisi serangan kepada kerajaan negeri yang disalurkan kepada Dato’ hingga akhirnya ia akan memalukan bukan sahaja Dato’, akan tetapi seluruh anggota parti PAN Kelantan.

2. Tugu banjir bukan isu pokok. Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) lah hero sebenar dalam hal tanah ini. Dato’ cuba untuk menggambarkan kononnya tanah yang sempit sekangkang kera itu, yang didirikan tugu banjir oleh NGO, sebagai satu tanah yang bernilai RM300,000.00. Sedangkan keluasan sebenar tanah tersebut adalah 1.1 ekar dan ia adalah tapak bagi Masjid Al Jauhar yang telah berada lebih puluhan tahun di sana!

3. Dan nilai tanah seluas itu, yang juga mempunyai deretan kedai makan berhadapan dengan Masjid Jauhar, dan adanya ruang rehat kepada para musafir yang mahu berhenti rehat untuk makan, mandi dan melepaskan lelah, di bahagian sisi masjid, termasuklah bahagian atas masjid, yang mempunyai dewan untuk kegunaan masyarakat setempat, adalah jauh lebih murah daripada harga yang Dato’ dakwa semalam.

4. Bayangkan tuan tuan, masjid yang digunakan sekian lama oleh sebahagian penduduk Guchil, menjadi persinggahan puluhan ribu anak perantau setiap tahun, menjadi pusat sehenti program masyarakat setempat, adalah sebenarnya milik individu seorang Cina. Maka dengan segala kebijaksanaan kerajaan negeri, tanah seluas 1.1 ekar ini, yang berada di segitiga emas Kuala Krai, yang jika dinilai secara professional, ia mungkin akan mencecah harga pasaran sehingga RM1juta, telah berjaya diselamatkan atas nama Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan harga lebih murah dari harga pasaran.

5. Nah Dato’, tidakkah sekarang ia menjawab kekeliruan Dato’ yang mengatakan bahawa Almarhum Tok Guru menubuhkan YATOK ini dahulu untuk membangunkan pendidikan dan pembangunan insan? Adakah menyelamatkan tanah Masjid Jauhar seluas 1.1 ekar bukan satu kerja mulia yang sudah berjaya dimainkan oleh YTK? Dan adakah NGO membina sebuah tugu bagi memperingati Bah Kuning 2014, Bah Merah 1927, Bah Besar 1967 dan lain lain sejarah, dengan menggunakan wang mereka sendiri, di bucu hujung lidah tanah 1.1 ekar ini menjadi satu dosa?

Nazman bin Che Iberahim,

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

114 penduduk dapat kebenaran duduki tanah

KOTA BHARU: Seramai 114 penduduk Kampung Jubakar Pantai beruntung apabila mereka menerima surat kebenaran permohonan milik tanah kerajaan. Sedangkan tanah tersebut pada asalnya dirancang untuk pembinaan rumah mampu milik. Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob, berkata tanah berkenaan diambil balik semula kerajaan negeri dengan kos RM1.4 juta. Katanya […]

Subscribe US Now