Jabatan Amal bantu pindah barang peniaga

webmaster

PASIR PUTEH – Jabatan Amal Negeri Kelantan meringankan beban peniaga Pasar Besar Pasir Puteh dengan membantu memindahkan barangan mereka ke pasar baharu, Pasar Siti Hajar di sini, hari ini.

Pengerusi Tugas Khas Jabatan Amal Pasir Puteh, Mohd Ali Akbar Yusoff berkata, seramai 80 anggota terlibat dalam kerja amal tersebut.

Katanya, Jabatan Amal menggunakan pendekatan berbeza dengan membantu peniaga setakat yang termampu.

“Ketika ada pihak menghasut peniaga supaya tidak berpindah, kita tampil membantu peniaga dengan memunggah barangan mereka ke Pasar Siti Hajar.

“Kami sedar amat sukar untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) memenuhi kehendak semua pihak tetapi wajar ada pertimbangan sesama kita,” katanya.Menurutnya, sesetangah peniaga sememangnya bersediia untuk berniaga di pasar baharu tetapi mengahadapi masalah untuk memindahkan barangan.

“Kita menyelami masalah peniaga dan hari ini, kita membantu menyelesaikan salah satu masalah yang dihadapi mereka,” katanya.

Mohd Ali berkata, perpindahan ke lokasi perniagaan baharu kerap menjadi isu seperti pemindahan pasar borong.

Katanya, Pasar Borong Wakaf Che Yeh suatu ketika dahulu menjadi isu besar kini menjadi destinasi popular pelancong ke negeri ini. SINAR HARIAN 27/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Darussyifa’ cadang tubuh universiti sendiri

KOTA BHARU – Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) menjadikan bahan dari pokok herba dan bacaan ayat rukyah sebagai alternatif bagi merawat pesakit kronik. Pengerusi Darussyifa’ Malaysia, Abdul Rahman Ahmad berkata, sebenarnya sudah lama persatuan tersebut membuat kajian dari segi perubatan Islam dan menjalankan rawatan kepada pesakit kronik […]

Subscribe US Now