Jabatan Hutan Kelantan bebas rasuah – SPRM

webmaster

JABATAN Perhutanan Negeri Kelantan disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas rasuah.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata, berdasar penelitian pihaknya kakitangan jabatan itu tidak terlibat dengan gejala berkenaan.

“Biarpun pihak kami pernah menerima aduan berkaitan rasuah, namun hasil tinjauan dan siasatan unsur berkenaan tidak berlaku,” katanya kepada media selepas merasmikan Memorandum Ikrar Bebas Rasuah antara Jabatan Perhutanan  dengan SPRM.

Program berkenaan diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, hari ini.

Sehubungan itu Moh Shamsudin berharap prestasi itu dipertahankan, di samping ikrar tersebut sebagai ‘janji’ untuk menolak rasuah.

“Dengan tagline ‘Jabatan Perhutanan tolak rasuah dan lapor rasuah’, kita berharap mereka kotakan apa yang dijanjikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Solat hajat sempena Hari Kemerdekaan

KERAJAAN Kelantan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk solat hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi Kota Bharu sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Solat hajat itu akan diadakan serentak di masjid peringkat jajahan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, program tersebut dirancang bagi memeriahkan lagi suasana serta sambutan Bulan Kemerdekaan […]

Subscribe US Now