Jabatan Hutan Kelantan dianugerah ISO

webmaster

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan dianugerah sijil MS ISO 9001: 2008 di atas kejayaan pengurusan pengeluaran kayu secara berkekalan di hutan simpan kekal.

Sijil anugerah itu dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia bagi tempoh 21 September lalu sehingga 14 September 2018.

anuar-tanPengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sijil pengiktirafan itu merupakan penghargaan terhadap Jabatan Perhutanan Kelantan.

“Ini secara tidak langsung menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri gagal menguruskan sumber berkenaan,” katanya di sini.

Sebelum ini Adun Salor, Datuk Husam Musa membangkit isu tebang habis di hutan simpan Balah, dibimbanginya menyebabkan sumber hutan pupus dan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asal.

Anuar berkata sijil pengiktirafan berkenaan membuktikan Jabatan Perhutanan Kelantan mempunyai sistem yang konsisten. –HARAKAHDAILY 1/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pihak luar peralat masyarakat Orang Asal

KOTA BHARU: Kerajaan negeri yakin ada pihak mengambil kesempatan menggunakan masyarakat Orang Asal di pedalaman Kelantan sehingga bertindak di luar batasan undang-undang. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kerajaan negeri ada maklumat mengenai perkara itu. “Kita ada maklumat perkara itu berlaku, kalau nafi pun kita ada maklumat. […]

Subscribe US Now