Jabatan Pendakwaan Syariah; Sultan rakam tahniah

webmaster

Kota Bharu – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana menjadikan Kelantan negeri pertama di Malaysia menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah yang berasingan dari Pentadbiran Mahkamah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

DSC04384Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah dirasmikan pada 28 Disember 2015 oleh YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

Ucapan tahniah baginda disampaikan dalam titah perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ke 13 Tahun 2016 di Kompleks Kota Darul Naim.

Bidang pertanian khususnya ‘Bertani Satu Ibadah’ dan ‘Dapur Hijau’ turut menarik perhatian Tuanku as-Sultan.

Kelantan telah mencatat pengeluaran hasil pertanian melebihi tahap sara diri ‘Self Sufficiency Level’ (SSL). Tanaman padi mencapai SSL 116.9% dan buah-buahan mencapai SSL 167.3%.

“Beta berharap Kerajaan Negeri akan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian yang lain seperti sayur-sayuran yang kini mencapai tahap sara diri SSL 78% selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan.

Usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Dapur Hijau’ diharap dapat mewujudkan suasana kampung yang indah, bersih dan menawan serta meningkatkan sumber pendapatan isi rumah, di samping dengan penubuhan Darul Niswah yang berperanan sebagai Pusat Sehenti Pembangunan Wanita Kelantan dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka,” titah baginda.

DSC04393Tuanku as-Sultan mengingatkan Kerajaan agar sentiasa menambah baik pentadbiran negeri dengan menekankan aspek inovasi selari dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri berlangsung selama dua hari pada 8 dan 9 Mac.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Status Rumah Banjir: Terima Kasih MAIK

Kota Bharu – Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kerana sanggup mengambil alih projek rumah kekal mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang yang sepatutnya disiapkan Kerajaan Persekutuan. Sebanyak 73 buah rumah di Limau Kasturi masih tiada tindakan sebagaimana dibangkitkan ADUN Paloh,  Dato’ Norzula […]

Subscribe US Now