Jaheaik cadang institusi khas jaga solat

webmaster

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mencadangkan supaya kerajaan menginstitusikan solat sebagaimana haji dan zakat bagi memastikan penghayatan masyarakat lebih serius.

Pengarahnya, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah berkenaan begitu penting kerana ia merupakan Rukun Islam.

Katanya usaha kerajaan negeri melaksanakan sambutan Bulan Solat sejak dahulu sehingga sekarang bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Kita mencadangkan satu institusi ditubuh yang memberi fokus khusus kepada solat sepertimana diinstitusikan ibadat haji dan zakat.

“Jika ia dapat dilakukan, kita yakin bahawa solat mampu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam masyarakat sekarang,” katanya pada sambutan Bulan Solat dan Ambang Ramadan di Kompleks Balai Islam Lundang Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman; anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Datuk Mohd Zamri Ismail.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud.

Pada majlis terbabit Nassuruddin turut menyampaikan buku tadarus al Quran kepada ketua-ketua jajahan untuk diagihkan kepada masjid.

Che Mohd Rahim juga berkata, masalah sosial yang berlaku dikesan berpunca daripada pengabaian solat. – HARAKAHDAILY 21/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peserta Iran, Malaysia juara tilawah antarabangsa

KUALA LUMPUR – Qari dari Iran, Hamed Alizadeh Marghzari Gholamhassan dan qariah dari Malaysia, Normalina Alias, masing-masing diumumkan juara qari serta qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-59. Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan. Hamed Alizadeh […]

Subscribe US Now