JALUR GEMILANG: TAHNIAH KONTINJEN SUKAN SEA MALAYSIA

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara kerana telah bertindak pantas untuk menukar Jalur Gemilang yang telah tersalah cetak setengah jam sebelum perarakan bermula.

Menurut beliau, satu pujian wajar diberikan kepada wira-wira negara ini.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan bagi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau mempersoalkan adakah Menteri maklum bahawa dikatakan layanan yang diterima oleh kontinjen Sukan Sea negara di Manilla agak bermasalah.

“Hal ini di mana ada kontinjen yang terpaksa menunggu selama dua jam di lapangan terbang dan juga tempat yang belum diperbaiki.

“Sehingga ‘trending‘ di Twitter yang mengatakan ‘Sea Games 2019 failed‘ jadi adakah ia akan mengganggu gugat fokus kontinjen negara,” soal beliau.

Seterusnya beliau mempersoalkan apakah tindakan segera pihak kementerian untuk menangani isu tersebut.

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, insentif yang akan diberikan kepada semua pemenang pingat emas berjumlah RM20,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

“Untuk memastikan kebajikan atlit SEA Games dapat dijaga, kita ada beberapa pelan untuk memastikan masalah mereka diselesaikan secepat mungkin.

“Sebagai contoh apabila ada masalah makanan khususnya makanan halal yang kekurangan di sana, kontinjen kita telah ‘diselamatkan’ dengan bantuan makanan Brahim,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 4/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.org/index.php/2019/12/04/jalur-gemilang-tahniah-kontinjen-sukan-sea-malaysia/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BANJIR KELANTAN DAN OTAK SEMPIT

BANJIR dan pembalakan dikait secara terus di Kelantan. Jika banjir, mesti sebab balak, jika tebang balak, mesti banjir. Semudah itu, ‘kaedah sifir otak sempit’ mereka yang suka mencari salah Kerajaan Negeri Kelantan. Sejak Bah Kuning 2014, mereka meratib bahawa banjir besar itu disebabkan oleh pembalakan. Dan didendangkan lagu serta irama […]

Subscribe US Now