JALUR GEMILANG TERBALIK PERLU TINDAKAN LEBIH KERAS

webmaster
Kempen kibar Jalur Gemilang di hadapan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kota Bharu.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Denda RM500 kerana kesalahan memasang Jalur Gemilang secara terbalik atau berwarna hitam putih dianggap tidak memadai.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, tindakan lebih keras perlu dikenakan terhadap pihak yang didapati sengaja melakukan perkara tersebut.

“Kerana itu jumlah denda yang dikenakan terhadap pelaku yang didapati bersalah sepatutnya lebih tinggi.

“Walaupun ada pemimpin parti tertentu kata tidak disebut sebagai satu kesalahan, bagi saya mereka sebenarnya bermain politik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu selepas majlis penyampaian Jalur Gemilang percuma kepada orang ramai di sini petang semalam.

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenakan kompaun RM500 terhadap sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap yang didapati memasang Jalur Gemilang terbalik.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal dilapor berkata surat amaran turut diberikan kepada pihak pengurusan premis terbabit untuk memastikan insiden berkenaan tidak berulang. – HARAKAHDAILY 28/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12730-jalur-gemilang-terbalik-perlu-tindakan-lebih-keras

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DATA PEMINJAM AIM BUKAN INDIKATOR UKUR MISKIN

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Pengkalan data e-Kasih dan jumlah peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) paling ramai di Kelantan tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemiskinan di negeri itu. Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, AIM dan pengkalan data e-Kasih begitu meragukan untuk dijadikan ukuran kemiskinan rakyat. “Ada […]

Subscribe US Now