Jambatan: Pemimpin Umno sekadar janji

webmaster

TANAH MERAH: Tentunya ramai masih ingat pada Oktober 2015 pemimpin Umno memberitahu kerajaan Persekutuan akan membina jambatan baharu di Kampung Pulau Raya.

Anggota parlimen Tanah Merah, Dato’ Ikmal Hisham Abd Aziz dilapor memberitahu peruntukan sebanyak RM600,000 dilulus bagi membina jambatan baharu.

Cadangan jambatan baharu itu bagi menggantikan jambatan lama rosak dilanda banjir besar pada Disember 2014.

Sebaliknya apa yang berlaku hari ini jambatan terbabit dibina kerajaan negeri.

Penghulu Tanpa Mukim Dun Bukit Panau, Kho Kim Siong berkata, kerajaan negeri melulus peruntukan awal sebanyak RM400,000 untuk membaiki jambatan sedia ada di sebelah Pulau Raya.

Namun katanya belum sempat dirasmikan berlaku pula banjir pada 2015 yang menyebabkan tebing runtuh sebelah tanah besar.

“Peruntukan sebanyak RM500,000 sekali lagi dilulus kerajaan negeri untuk membina jambatan baru yang lebih luas daripada struktur serta lebih tinggi lima kaki,” katanya ketika ditemui di sini.

Jambatan baru itu dirasmikan baru-baru ini oleh anggota Exco, Azami Mohd Nor. Ia memberi kemudahan lebih 100 penduduk di Kampung Pulau Raya.

Kampung Pulau Raya yang terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Ia dipisahkan oleh Sungai Kelantan. – HARAKAHDAILY 17/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8430-jambatan-pemimpin-umno-sekadar-janji

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Keluarga bimbang pelajar Darul Anuar makin kurang

KOTA BHARU: Ketika Maahad Darul Anuar diambil alih Keluarga Besar Nikmatillah daripada Yayasan Islam Kelantan (Yik) pada 2009, jumlah pelajar seramai 1,200 orang. Malangnya sekarang jumlah pelajar tidak sampai 100 orang. Ahli Lembaga Pengarahnya, Nik Din Nik Mat berkata, mengambil kira masalah tersebut pihaknya bersetuju menyerah semula sekolah berkenaan kepada Yik. […]

Subscribe US Now