Jambatan sementara jadi ‘perangkap maut’

webmaster

GUA MUSANG: Jambatan sementara yang dibina kerajaan pusat di Kampung Pulau Setelu merbahaya kepada pengguna terutamanya ketika hujan.

Jambatan itu dibina dengan kos hampir RM1 juta, lantainya dipasang kepingan besi dan pagar jambatan hanya dawai kecil.

Sejak dibina pada awal 2015 banyak penduduk terjatuh daripada jambatan berkenaan. Dan semalam seorang lagi penduduk menjadi mangsa apabila terjatuh daripada jambatan tersebut.

Mangsa Adnan Che Soh, 29, yang menunggang motosikal terjatuh dan dipercayai dihanyutkan arus Sungai Nenggiri selepas berlanggar dengan penunggang lain di jambatan sementara itu.

Mangsa berasal dari Kampung Prak sedang dalam perjalanan ke Kampung Pulau Setelu dikatakan melanggar belakang motosikal yang ditunggang seorang kakitangan kerajaan.

Penyelia Dun Nenggiri Syed Azhar Syed Alwi berkata sehingga sekarang sudah ramai penduduk menjadi mangsa kerana jambatan sementara yang dibina licin ketika hujan.

“Pagi semalam seorang lagi penduduk menjadi mangsa. Jambatan sementara yang dibina oleh kerajaan pusat agak merbahaya,” katanya di sini.

Pada 8 Jun 2015, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata pembinaan jambatan baharu di Pulau Setelu akan dibina melibatkan kos sebanyak RM40 juta.

Gerakan mencari mangsa dilakukan anggota Polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Amal Gua Musang.

Sehingga hari ini mangsa belum lagi ditemui dipercayai dibawa arus Sungai Nenggiri ekoran hujan lebat di kawasan hulu. Jambatan sementara itu juga tenggelam sepenuhnya kerana paras sungai meningkat.

Syed Azhar turut menziarahi keluarga mangsa di Kampung Prak, Pulau Setelu petang semalam. – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ucapan Tahun Baru Cina 2017 oleh YAB Menteri Besar

“Dengan Tahun Ayam ini kita harap bahawa kita lebih cergas, sentiasa berdisiplin dan kita mengharapkan dapat kebahagiaan sebaik-baiknya.” Gong Xi Fa Chai kepada seluruh warga Tionghua di seluruh negara dan Kelantan khususnya. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob Menteri Besar Kelantan Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now