Jangan adili kes transaksi lot tanah di media sosial

webmaster

KUALA  LUMPUR: Sebanyak 14 transaksi penjualan lot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibatalkan secara ‘mutual agreement’, sementara 81 lagi diteruskan.

Jawapan tersebut diberikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad atas pertanyaan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) semasa Sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini.

Che Abdullah dalam soalannya meminta status terkini 97 transaksi lot tanah DBKL itu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Jawatankuasa Khas Kementerian.

“Dua transaksi gagal mencapai persetujuan yang mana satu transaksi di peringkat mediasi di Mahkamah Tinggi ekoran pemaju berpuas hati dengan pembatalan projek,” kata Khalid.

Tambahnya, satu transaksi juga masih menunggu maklum balas syarikat yang berkemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah juga ekoran DBKL memutuskan tidak meneruskan transaksi.

Dalam sesi sama Ahli Parlimen Tumpat turut meminta penjelasan ke atas tanah berkenaan yang difahamkan bukan milik DBKL sebaliknya Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Pun begitu, beliau memberikan sokongan terhadap sebarang pendedahan salah laku untuk diadili di mahkamah secara benar dan bukannya dalam media sosial. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11743-jangan-adili-kes-transaksi-lot-tanah-di-media-sosial

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tuntut inisiatif kerajaan atasi isu pekerja diberhenti

KUALA LUMPUR: Para pekerja yang kehilangan pekerjaan berterusan mengalami kesusahan berikutan kerajaan juga gagal menyediakan inisiatif sewajarnya untuk golongan tersebut. Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berkata, sedangkan kerajaan menjanjikan pada PRU14 untuk menyediakan sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat. “Di mana janji ini, berapa peratus yang telah dicapai dan […]

Subscribe US Now