Jangan anak tirikan Kelantan

webmaster

KUALA KRAI – Ahli Parlimen Kuala Krai berharap Kelantan tidak akan dianaktirikan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan) seperti mana berada di bawah pentadbiran terdahulu.

Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, rakyat Kelantan termasuk Kuala Krai sendiri memerlukan perhatian kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai.

“Tahniah kepada Harapan yang berjaya menubuhkan kerajaan baharu di Pusat, semoga kerajaan baharu ini tidak lagi menjadikan Kelantan sebagai anak tiri sebagaimana kerajaan sebelumnya.

“Seperti yang sedia maklum, Kuala Krai sendiri sangat memerlukan lebuh raya. Setiap kali menjelang musim perayaan, jalan Kuala Krai sentiasa sesak sehingga berkilo meter haruslah segera diatasi, projek yang sedang berjalan perlu diteruskan dan dipercepatkan lagi untuk memberi keselesaan kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai turut menaruh harapan agar pemberian royalti disegerakan kepada kerajaan Kelantan sepertimana manifesto PRU14 serta meminta kerajaan PH menilai semula beberapa jabatan yang ada pada hari ini.

“Kewujudan kerajaan dalam kerajaan juga haruslah dipandang serius oleh kerajaan baharu ini, pengumuman pembubaran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan dialu-alukan dan kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga perlu dimansuhkan.

“Fungsi Kesedar, Kada dan sebagainya haruslah dinilai balik, di samping itu, kerajaan Pusat semestinya menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat,” katanya.

Beliau pada masa sama turut  menaruh keyakinan  tinggi terhadap kerajaan baharu Kelantan yang dibentuk selepas PRU14. SINAR HARIAN 26/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 12

TAFAKKUR hari ini masih meneliti keagungan ciptaan Allah di langit dan bumi. Setiap kajian yang dilakukan bersandar kepada ayat al-Quran pasti akan membuahkan pengetahuan yang sangat luar biasa dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa manusia. Allah telah menjelaskan kepada manusia tentang kekuasaan-Nya mencipta langit dan bumi dalam enam masa sebagaimana […]

Subscribe US Now