Jangan pandang ringan wabak campak

webmaster

DENGAN berita terbahru serangan penyakit misteri sehingga berlaku kematian penduduk Orang Asal di Kuala Koh, Kelantan terjawab. Seramai 37 kes disahkan dijangkiti wabak campak.

Takziah diucapkan kepada waris si mati.

Semoga peristiwa sebegini menjadi pengajaran kepada kita. Penularan campak telalu pantas. Jika seorang dijangkiti, 20 orang lagi berisiko akan turut dijangkiti. Kematian juga tinggi jika tidak ditangani dengan cepat. Faktor-faktor lain juga boleh mempengaruhi seperti kekurangan zat makanan dan tidak mengambil perlindungan melalui imunisasi. Setelah berlaku wabak, semua akan terkena sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.

Jika dilihat dari statistik yang dikeluarkan oleh Kementeian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa pengambilan vaksin MMR di kalangan orang asal amat rendah. Dos vaksin MMR yang pertama 61.5 peratus dan dos kedua hanya 30 peratus sedangkan vaksin adalah percuma di seluruh premis KKM.

Mungkin kita tidak menuduh mereka mereka itu antivaksin! Mereka juga bukan suka bermain dengan Facebook dan menghasut orang lain unutk menolak vaksin. Tetapi penyakit ini tidak mengenal orang. Mana sahaja peluang yang boleh virus campak boleh masuk, ia akan menyerang dengan senang. Salah satu punca adalah liputan pemberian vaksin amat rendah.

Tidak munasabah kita yang berada di tengah prasarana yang lengkap ini dan kemudahan kesihatan yang mudah, juga turut mengikuti mereka Orang Asal yang sukar untuk mendapatkan akses kesihatan? Vaksin adalah selamat, berkesan dan boleh mencegah dari penyakit-penyakit yang berbahaya seperti demam campak ini.

Sekian pesanan dari suhazeli.com

17.6.2019
Jerangau – HARAKAHDAILY 17/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/gaya-hidup/11504-jangan-pandang-ringan-wabak-campak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

29 negara dijemput hadiri Hari Sayyidatina Khatijah

KOTA BHARU: Kelantan menjemput 29 negara Islam bagi menghadiri sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Jun ini di Hotel Grand Riverview di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri sejak 1990 menganjurkan pelbagai program dan majlis bagi […]

Subscribe US Now