Jangan tindas Kelantan kerana politik – MB

webmaster

KELANTAN menjalin kerjasama dengan Persekutuan membabitkan kepentingan rakyat, kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Lebih-lebih lagi katanya, Kelantan merupakan pintu masuk dari Thailand ke Malaysia.

“Kerana itu Kelantan tidak boleh dipinggirkan walaupun ia ditadbir parti lain. Apabila Malaysia diisytihar negara maju, Kelantan tidak boleh dipinggir begitu sahaja.

“Lagipun Kelantan terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand,” katanya selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat di kawasan bebas cukai (KBC) Pengkalan Kubor hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman, Pengarah UPEN, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal dan Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin.

Pelbagai lukisan beridentitikan masyarakat Kelantan menghiasi bangunan di KBC Pengkalan Kubor.

Oleh itu Menteri Besar berkata, Kelantan tidak mahu ketinggalan dalam pembangunan apabila Malaysia diisytiharkan negara maju kelak.

“Jangan kerana politik kerajaan pusat pula menindas Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan cadang penempatan baharu Cina Gua Musang

SEJAK 1990 sehingga sekarang beberapa penempatan baharu diwujudkan kerajaan negeri di Gua Musang bagi menempatkan semula penduduk setinggan. Antaranya Kampung Kundur dan Tanah Putih kini menjadi penempatan tersusun yang pesat membangun. Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, kerajaan negeri juga bercadang membina penempatan baru kepada masyarakat Cina khususnya di […]

Subscribe US Now