Janji adun baiki jambatan tinggal janji

 

GUA MUSANG: Pada akhir Januari lepas Adun Nenggiri Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilapor memberitahu jambatan sementara di Pulau Setelu yang runtuh akibat rempuhan arus Sungai Nenggiri Januari lepas akan dibaiki.
Namun sehingga sekarang hampir tiga minggu berlalu, tiada tanda-tanda jambatan sementara itu akan dibaiki.

Seorang penduduk Mat Hassan Hamat berkata ekoran janji pemimpin Umno untuk membaiki jambatan sementara itu tidak dilaksana menyebabkan penduduk terpaksa berikhtiar sendiri.

Katanya, sejak kelmarin penduduk bergotong-royong membina titian kayu bagi menghubungkan dengan jambatan sementara itu.

“Penduduk terpaksa berusaha sendiri bagi membolehkan mereka menyeberangi sungai untuk ke Gua Musang.

“Wakil rakyat BN sebelum ini berjanji jambatan sementara itu akan dibaiki dan siap dalam tempoh dua bulan, namun sampai sekarang tiada sebarang kerja-kerja dilakukan,” katanya.

Menurutnya juga penduduk terpaksa menggunakan bot dan perahu untuk menyeberangi Sungai Nenggiri terpaksa menghantar anak ke sekolah.

Sebahagian jambatan sementara Pulau Setelu tercabut akibat rempuhan arus sungai Januari lepas menyebabkan penduduk terputus hubungan sehingga sekarang.

Jambatan kekal di kampung itu runtuh akibat bah besar pada akhir 2014. Sebelum ini pemimpin Umno menjanjikan projek jambatan kekal hampir RM40 juta akan dibina, namun belum nampak sebarang tanda projek itu akan dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment