Janji projek tebatan banjir sejak berpuluh tahun

webmaster

KOTA BHARU: Sebelum ini sudah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Thailand bagi  membina projek tebatan banjir di tebing Sungai Golok, yang menjadi sempadan kedua-dua negara.

Bagaimanapun kerajaan Thailand sudah lama melaksanakan keputusan tersebut, sebaliknya Malaysia sehinga sekarang tidak melaksana apa yang diputuskan.

Janji untuk membina tebatan banjir sudah kedengaran sejak berpuluh tahun lepas, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pentadbiran negara.

Dan setiap kali banjir melanda, janji sama dilafazkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Dan terbaru janji itu diulang pula Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata persetujuan untuk membina tebatan banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang sudah lama kedengaran.

“Sudah dipersetujui kedua-dua negara. Thailand pun sudah lama melaksanakan persetujuan tersebut dengan membina benteng di sebelah mereka.

“Namun malangnya kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sehingga sekarang. Mungkinkah kerana Kelantan  bukan ditadbir BN.

“Sedangkan sempadan di Sungai Golok merupakan sempadan antara negara dan bukan hanya sempadan antara Thailand dan Kelantan,” katanya pada pelancaran Kempen PAS Pilihanku dan penutup Seminar Kekal Kelantan Putik hari ini.

Kelmarin ketika meninjau kawasan dilanda banjir di Rantau Panjang Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan projek tebatan banjir di Sungai Golok yang dijangka dibina tahun ini.

Banjir yang melanda sempadan Kelantan sejak minggu lepas kini memenuhi pula Pengkalan Kubor, Tumpat disebabkan tiada benteng sungai.

Sedangkan benteng di sebelah Tak Bai, Thailand semakin ditinggikan bagi menghalang limpahan air Sungai Golok. – HARAKAHDAILY 7/1/2017  

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

4,695 masih di pusat pemindahan banjir Kelantan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan turun sedikit kepada 4,695 orang setakat 8 pagi ini berbanding 4,770 malam tadi. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, 14 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di jajahan Tumpat dan Pasir Mas. Jumlah mangsa paling ramai ialah di […]

Subscribe US Now