Janji tebatan banjir sejak RMK-11

webmaster

TUMPAT: Sebelum berjanji untuk membina stadium bertaraf antarabangsa di Kelantan, Kerajaan BN diminta menyiapkan dahulu projek tebatan banjir yang sudah lama dijanjikan.

Penyelaras Dun Pengkalan Kubur, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad berkata, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok sering berdepan dengan banjir setiap kali musim tengkujuh.

Katanya, banjir mudah berlaku memandangkan tiada tebatan banjir sehingga aliran Sungai Golok mudah melimpah ke sebelah Kelantan.

“Sedangkan sebelah Thailand mereka sudah lama membina benteng bagi menghalang Sungai Golok melimpah,” katanya di sini. Baru-baru ini Pengerusi Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata, stadium antarabangsa antara menifesto PRU 14 Umno.

Wan Roslan yang juga Naib Yang Dipertua PAS Tumpat berkata, tidak perlu berjanji hendak membuat stadium, sedangkan janji projek tebatan sejak Rancangan Malaysia ke-11 lagi.

“Walaupun banjir sudah berlalu, namun kawasan tertentu di Pengkalan Kubor masih digenangi air bah.

“Kesusahan rakyat turut dikongsi kerajaan negeri dengan memberi keperluan asas bagi membantu mengurangkan bebanan mereka,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/1/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tengku Temenggong rasmi Pusat Sumber Sayyidatina Habsah

KOTA BHARU: Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah, mencipta sejarah baru apabila penubuhannya mengumpul koleksi kejayaan wanita Kelantan dalam pelbagai bidang. Pusat sumber itu terletak di tingkat bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, di sini. Pusat sumber itu dilancarkan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang diadakan di perkarangan […]

Subscribe US Now