‘Jaringan’ pecahbelahkan suku Temiar Kelantan

Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan atau lebih dikenali sebagai Jaringan telah lama bergerak di dalam masyarakat orang Asal di Kelantan.

Antara perjuangan yang digerakkan Jaringan ialah menuntut Kerajaan Negeri mewartakan Tanah Adat dan Wilayah sebagaimana yang dinikmati penduduk pribumi di Sarawak dan Sabah.

Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan ini lahir bahkan banyak dipengaruhi JOAS (Jaringan Orang Asal SeMalaysia) yang aktif dan telah lama bertapak di Malaysia Timur.

Kewujudan Jaringan yang kembali menarik perhatian dengan kejadian ‘blockade’ laluan balak di simpang Petei Pos Tohoi sejak September lalu menimbulkan persoalan.

Adakah kewujudannya menyatu dan menguatkan orang Asal di Kelantan atau sebaliknya, memecah belah sesama mereka?

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment