Jawatankuasa khas tangani royalti petroleum

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa khas bagi membuat persiapan berhubung pembayaran royalti petroleum.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengumum akan membayar royalti minyak kepada Kelantan pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

“Kita menunggu supaya ia dapat ditunaikan. Bagi penggal ini kita melantik Timbalan Menteri Besar sebagai pengerusi jawatankuasa khas tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah; anggota Exco, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad.

Mohd Amar pula berkata, jawatankuasa itu ditubuh pada zaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Jawatankuasa Tuntutan Royalti berperanan merangka pelbagai tindakan termasuk menyaman pihak terlibat termasuk Petronas kerana menafikan hak royalti rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 276/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Adun pembangkang Kelantan diberi peruntukan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan juga akan memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dijaga. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri setuju melaksanakan hasrat tersebut. Namun katanya, beliau belum dapat memberi penjelasan jumlah yang akan diberikan kepada lapan Adun […]

Subscribe US Now