JEJAK SANG TAWAL MENGUNDANG KETERUJAAN RAKYAT

webmaster

oleh Norzana Razaly

KELANTAN sinonim dengan kekayaan kebudayaan dan khazanah warisan negeri berkaitan erat dengan sejarah bangsa gemilang yang perlu dikenang sebagai teladan sepanjang zaman oleh generasi pelapis.

Hal inilah menjadi iltizam Tourism Malaysia Wilayah Timur bersama rakan sinerginya menganjurkan Program Jejak Sang Tawal bertemakan Berbusana Menelusuri Sejarah pada 21 Disember 2019 bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Kelantan bermula pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Menurut Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Encik Hafiz Hazin, program yang memperkenalkan asal-usul persejarahan Kerajaan Kelantan Tua kepada pasaran pelancongan dengan nilai permakaian busana tradisi, diyakini dapat memugar kisah sejarah permulaan Kerajaan Kelantan di Tanah Sekebun Bunga kepada generasi lama.

“Paling berkesan ia mendedahkan informasi serta pengalaman menarik kepada generasi baharu supaya mereka tahu tentang keagungan pemerintah Kelantan silam demi membina jatidiri melalui pemakaian destar dan persalinan Melayu sekali gus memperdalamkan kecintaan mereka terhadap pusaka tradisi bangsa yang malar segar sepanjang zaman”, ujarnya.

Program bakal dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Dato’ Mejar (B) Hj. Md. Anizam Ab. Rahman menyajikan pengisian yang dijangka mengujakan para hadirin seperti Pertandingan Ayam Ratu sebagai pembuka acara kelolaan Kelab Ayam Ratu Kelantan (KARAK).

Peserta seluruh Malaysia dan Selatan Thailand akan mempertandingkan kecantikan bulu ayam mereka di dalam enam kategori iatu LHK A berat 3.5kg ke atas, LHK B 2.5kg – 3.49kg, Ayam Ratu Muda, Solid Color, Pelbagai Roma, Induk Ratu dan Anak Ratu 3 – 4 bulan.

Dua hadiah bakal diungguli oleh Best of the best dan Johan sehingga tempat ke-5 bagi setiap kategori di atas. Hadirin turut berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa hamper dan produk untuk ayam serta seekor kambing sebagai cabutan bonanza.

Di samping itu, selepas aktiviti Senaman Tua di hadapan pintu Istana Balai Besar, hadirin juga buat julung kalinya berpeluang menyaksikan perarakan raksasa pembawa panji, sirih junjung dan pulut kuning oleh pasukan berbusana tradisi Melayu Kelantan bermula dari Padang Merdeka dan berakhir di Kampung Kraftangan untuk mentakzimi upacara perasmian.

Pada sebelah petang, hadirin dipelawa untuk menyelongkar rahsia senjata air tangan nenek moyang Melayu melalui kisah asal-usul nama kuih dan makanan tradisional Kelantan bersama penulis buku “10 Juadah Nan Berkisah” di Dewan MOTAC, Kampung Kraftangan pada pukul 2.00 petang.

Bagi peminat ilmu mengenai nama karangan dan cara pembuatan tanjak dan samping, mewarna batik serta menyertai pertandingan swafoto berbusana klasik turut disediakan slot khas.

Segmen yang dijangka menjadi tumpuan khalayak ialah bengkel busana oleh Persatuan Pencinta Seni Busana Kelantan selama 1 setengah jam bermula pukul 3.30 petang.

Manakala Persatuan Silat, Rebana Ubi, Kertuk, Pendikir, pemain gasing, jurufoto Kelantan, pemanah, penarik beca dan penunggang basikal klasik dijadualkan menghiburkan hadirin dengan pelbagai pertunjukan menarik.

Jangan lepaskan peluang keemasan memeriahkan program ini dengan hadir memakai busana indah yang patuh shariah seperti berkain batik lepas, songket, limar, mastuli, cindai, punca potong, selendang, tanjak, semutar dan getam untuk sama-sama menelurusi sejarah menjejaki Paduka Sang Tawal dan alamilah keterujaan dan pengalaman menurut persepsi tersendiri.

#jejaksangtawal
#kelantanbertanjak
#pencintabusana
#tourismmalaysia
#tourismmalaysiawilayahtimur
#vm2020
#visitmalaysia2020
#visitkelantan2020
#kelantandihati
#kmck
#kraftanganmalaysia
#singgora

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PEMBALAKAN: KELANTAN PEMALAS DAN PENGOTOR?

oleh Nazman Che Iberahim HARI ini tular satu video oleh seorang wanita dalam laman ML Studios yang menghentam Kerajaan Kelantan atas isu pembalakan. Banyak hujah dan isi bicaranya, yang dihambur adalah ulangan dan modal lapuk yang pernah digunakan oleh penyokong PH sejak 2016 sehingga PRU-14 tahun lepas. Entah kenapa ia […]

Subscribe US Now