Jemaah haji nikmati aiskrim rai hari kelahiran

aiskrimMAKKAH: Biarpun berada di negara asing namun ada jemaah haji dirai rakan-rakan sempena ulangtahun kelahirannya.

Abdul Rahman Ab Ghafar dari Kadok, Kelantan hari genap usianya ke-66.

Beliau diraikan rakan-rakan sebilik di tingkat 11 Hotel Land Premium di Al Misfalah.

Apa yang menarik Abdul Rahman dan rakan-rakan menikmati keenakan aiskrim Makkah.

Abdul Rahman yang mempunyai 12 anak datang ke sini bersama isterinya, seorang usahawan tani, tidak menyangka diraikan rakan-rakan sebilik.

Antaranya pensyarah, guru, bekas kakitangan awam dan pencen tentera yang meraikan Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata beliau terharu diraikan rakan-rakan sempena ulangtahun kelahirannya.

“Biar pun sekadar aiskrim namun ia mempunyai makna yang cukup besar bagi saya,” katanya.

Sementara itu bilangan jemaah haji yang bertolak pulang ke tanah air semakin meningkat.

Penerbangan pulang awal di Maktab 88, 89 dan 90 di Hotel Land Premium bermula Sabtu lepas.

Jemaah haji dibawa ke lapangan terbang di Jeddah pada sebelah petang sehari sebelum berlepas.

Mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat keesokan harinya.

Malah semalam difahamkan ada jemaah haji yang sudah bertolak ke Jeddah dengan bas dibawa pulang semula ke hotel kerana masalah tertentu di lapangan terbang Jeddah. – HARAKAHDAILY 21/9/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment