Jemput hadir ke Sambutan Jubli Emas PKINK 27 Sept

sambutanjubli-emaspkink_27_septKOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bakal mengadakan ‘Ekspo Jubli Emas PKINK@50’ sempena 50 tahun penubuhannya bermula 27 September ini.

Sejak ditubuhkan pada 6 November 1966, PKINK diamanahkan memacu pembangunan pertumbuhan ekonomi negeri  berlandaskan prinsip Islam untuk kesejahteraan ummah dan rakyat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mazli Noor berkata, program itu akan berlangsung selama lima hari di Aeon Mall Lembah Sireh, Kota Bharu.Jelasnya, program tersebut begitu bersejarah kerana tahun ini PKINK menyambut Jubli Emas.

“Kita telah memilih  Aeon Mall bagi memastikan keselesaan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  sidang media  di pejabatnya di sini.

Jelasnya, program berkenaan akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada 29 September depan.

Menurutnya, sambutan itu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tambahnya, pameran berkaitan kejayaan serta pencapaian PKINK dan anak-anak syarikatnya akan dipamerkan.

Beliau mensasarkan, seramai 100,000 orang bakal mengunjungi program yang diadakan selama lima hari.

“Sambutan itu berlangsung dengan aktiviti pertandingan melukis batik, kuiz PKINK, persembahan dikir watoni, dikir barat dan berbagai  lagi,” katanya.

Selain mempamerkan kecemerlangan PKINK dan anak syarikatnya, ia juga bertujuan mempromosikan produk hartanah, perkhidmatan, pertanian, industri dan pelancongan tawaran yang istimewa. –HARAKAHDAILY 23/9/2016

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment