Jemput hadir Sambutan Hari Anak Muda Kelantan

fattah1KOTA BHARU: Orang ramai dijemput hadir ke program Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2016 anjuran Urusetia Belia dan Sukan (U-bes) Negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata, pelbagai program akan diadakan selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Oktober ini.

“Kerajaan negeri di bawah U-Bes akan mengadakan Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2016 kali kedua.“Sambutan berkenaan akan diadakan  di Padang Majlis Daerah Tanah Merah,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mesyuarat exco, di sini  tengah hari tadi.
Menurutnya lagi, program berkenaan membuktikan kecaknaan kerajaan negeri terhadap anak muda sebagai penerus perjuangan dan kemajuan negeri pada masa akan datang.

“Program ini merupakan penganjuran kali ke dua dianjurkan di luar Kota Bharu di mana sebelum ini di adakan di Bachok,” katanya.

Fattah yang juga Adun Bukit Panau seterusnya berkata, sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai antara sebab mengapa  U-Bes mengadakannya di luar kawasan Kota Bharu.

Beliau seterusnya menambah, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan anak muda akan dijalankan sepanjang sambutan itu.

“Antaranya  Pentas Anak Muda, Kuliah Anak Muda, pertandingan gusti lengan, hari kesenian anak muda dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, dijangka akan merasmikan program dwi tahunan itu pada hari Jumaat  23 haribulan jam 4.00 petang. – HARAKAHDAILY 21/9/2016

(Visited 31 times, 6 visits today)

Add Comment