JEREBU: NELAYAN KELANTAN DIMINTA BERWASPADA DI LAUT

webmaster
KEADAAN jerebu yang mengurangkan jarak penglihatan nelayan. -GAMBAR HIASAN

OLEH BERNAMA

KOTA BHARU: Nelayan di Kelantan diminta berwaspada ketika menangkap ikan di laut berikutan situasi jerebu yang mengurangkan jarak penglihatan.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata ia penting bagi memastikan keselamatan golongan nelayan dari terlibat dalam sebarang perlanggaran bot ketika turun mencari rezeki ekoran penglihatan yang kurang jelas.

“Jika tidak berhati-hati, kemalangan boleh berlaku kerana kemungkinan akan menyebabkan penglihatan terbatas jika jerebu berterusan dan nelayan dinasihatkan sentiasa berwaspada,” katanya.

Semalam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Bharu dan Tanah Merah berada pada paras tidak sihat dengan bacaan masing-masing adalah 115 dan 116.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Hamzah Mohamad hari ini dilaporkan berkata IPU bagi Kelantan telah menurun kepada paras sederhana dengan Kota Bharu mencatatkan bacaan 88 manakala Tanah Merah 98 sehingga pukul 2.00 petang hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nazri turut menasihatkan penternak ikan air tawar dan air payau di negeri ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan kadar tebaran benih ikan dalam kolam ternakan bagi mengurangkan kepadatan bilangan ikan.

“Langkah ini sebagai persediaan untuk mengelakkan tekanan kepada ternakan supaya kadar oksigen yang terlarut untuk ternakan mencukupi.

“Penggunaan peralatan seperti peniup, roda pendayung atau teknologi terkini untuk meningkatkan kadar oksigen terlarut dalam air juga penting ketika jerebu bagi mengelakkan kerugian akibat kematian ikan,” katanya. – BERNAMA 24/9/2019

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jerebu-nelayan-kelantan-diminta-berwaspada-di-laut-1.976077

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN MESRAI BUDAYA DIGITAL

OLEH NORZANA RAZALY KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama teknokrat yang menitikberatkan pengurusan ihtirafi amat menyedari kerancakan perkembangan teknologi seperti IoT, Cloud, AI, Big Data, Block Chain, RPA, Virtual and Augmented Realities dalam mengharungi era Industrial Revolution (IR 4.0) dan perkembangannya yang mempengaruhi sistem penyampaian perkhidmatan […]

Subscribe US Now