JITP sokong Kelantan lantik Penyelaras IT Dun

JITPPertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia gembira dan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan melantik Penyelaras Teknologi Maklumat (IT) Dun sepenuh masa untuk menjadi pemangkin kepada jurang digital yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur berbanding dengan Pantai Barat.

Dilaporkan dalam media, seramai 45 orang petugas pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) menerima watikah perlantikan sebagai Penyelaras Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis khas di Bilik Gerakan Negeri baru- baru ini bagi mempertingkatkan keberkesanan maklumat di peringkat Dun.

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia juga berharap Kerajaan Negeri Terengganu juga mempertimbangkan untuk menyerap sebahagian Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) yang bertaraf kontrak sebelum ini untuk menjadi EIO di semua pejabat Dun di negeri berkenaan.

Saya juga turut mengharapkan kerajaan negeri-negeri turut mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Kelantan dan Terengganu bagi memberikan peluang kepada graduan-graduan teknologi maklumat (IT) berkhidmat secara langsung kepada masyarakat.

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin juga menyarankan kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk mempertingkat elaun Penyelaras IT Dun ke tahap gaji minimum atau setidak-tidaknya RM1,000 sebulan kerana bebanan tugas IT ini yang berat dan kritikal dalam menyalurkan maklumat digital untuk disalurkan kepada masyarakat dengan segera untuk kepentingan pentadbiran di peringkat Dun supaya ia berfungsi dengan cara yang lebih baik.

MOHD SHUHAIMI EMBONG
Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia –HARAKAHDAILY 1/10/2016

(Visited 4 times, 1 visits today)

Add Comment