JKKK muncul di Kelantan selepas BN kalah

webmaster

KOTA BHARU: Kewujudan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kelantan perlu mengambil kira sejarahnya kerana sudah ada institusi penghulu di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, MPKK merupakan satu badan yang dijenamakan semula daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, jawatankuasa itu diperkenal di Kelantan pada 1991 selepas Umno dan Barisan Nasional mengalami kekalahan Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 dan Terengganu (1999).

“Langkah yang dilakukan Umno itu sekali lagi ditiru Pakatan Harapan dengan menubuhkan MPKK di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Kami sudah mengenali gerak kerja Umno, buat apa lagi Pakatan Harapan hendak meneruskan apa yang dilakukan Umno di Kelantan sebelum ini,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi PH Kelantan, Dato’ Husam Musa dilapor memberitahu seramai 12,672 orang akan dilantik menganggotai MPKK Kelantan yang bakal berkuatkuasa 1 Januari depan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 3,960 orang merupakan lantikan kerajaan persekutuan dan selebihnya kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 24/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8501-jkkk-muncul-di-kelantan-selepas-bn-kalah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan tarik balik saman Petronas

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menarik balik saman terhadap Petroleum Nasional Berhad dan Kerajaan Malaysia berhubung tuntutan royalti yang berlarutan sejak sekian lama. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penarikan balik saman berkenaan dilakukan serta merta seperti diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini. Menurutnya, keputusan itu diambil setelah mengambil […]

Subscribe US Now