Johan tilawah al-Quran dapat hadiah banglo

webmaster

MACHANG: Kelantan sekali mencatat sejarah apabila menghadiahkan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2016 sebuah banglo bernilai lebih RM190,000.

Banglo tersebut disumbang kepada Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, yang berjaya mengharumkan nama Kelantan pada tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 2006.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, di atas kejayaan itu kerajaan negeri menyumbang sebuah rumah sebagai tanda penghargaan.

“Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) berbesar hati menyumbang sebuah rumah kepada Ustaz Wan Ainuddin,” katanya pada program penyerahan kunci banglo terbabit di Kampung Sungai Mas, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota anggota Exco, Adun Kemuning, Ustaz Roseli Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Ustaz Ahmad berkata, sumbangan itu sebagai mengiktiraf jasa dan komitmen qari serta qariah berjaya meletak kehebatan al-Quran pada tempat yang sewajarnya.

Menurutnya hadiah banglo sebagai  galakan masyarakat di semua peringkat mendekati al-Quran melalui bacaan dan penghayatannya. – HARAKAHDAILY 24/1/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Janji tebatan banjir sejak RMK-11

TUMPAT: Sebelum berjanji untuk membina stadium bertaraf antarabangsa di Kelantan, Kerajaan BN diminta menyiapkan dahulu projek tebatan banjir yang sudah lama dijanjikan. Penyelaras Dun Pengkalan Kubur, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad berkata, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok sering berdepan dengan banjir setiap kali musim tengkujuh. Katanya, banjir mudah berlaku […]

Subscribe US Now