JPJ KELANTAN LAKSANA BIDAAN NOMBOR ONLINE

webmaster
Mohd Rusdi Mohd Darus dan pegawai JPJ menunjukkan pendaftaran plat yang terbuka dibida orang ramai.

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merupakan cawangan ketujuh diikuti Pahang melaksanakan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online (JPJeBid) bermula nombor plat DDP dan CEE.

Pengarah Perlesenan Kenderaan JPJ Malaysia, Dato’ Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, sistem yang mula dilaksanakan pada April lalu akan dibuka selama lima hari bermula 30 Ogos ini.

“Bidaan akan bermula pada 30 Ogos ini jam 12 tengah malam sehingga tiga September pada jam 11.59 malam dan keputusan bidaan ini akan diumumkan sehari kemudian.

“Tiada sekatan untuk melakukan bidaan, namun setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi syarikat tidak melebihi lima nombor sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid) di Dewan Dato’ Hj Emran Kadir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Panji di sini pagi tadi.

Hadir sama Pemangku Pengarah JPJ Kelantan Azlan Abdul Hadi; Pengarah JPJ Pahang, Muhammad Abdullah dan Timbalan Pengarah JPJ Pahang, Nazili Kadir.

Menurut Mohd Rusdi, pendaftaran JPJeBid terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta syarikat di mana-mana pejabat dan cawangan JPJ kecuali UTC.

Beliau berkata, sistem itu turut menawarkan ketelusan serta mengetahui kedudukan secara ‘realtime’ bermula dengan transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dilakukan. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12700-jpj-kelantan-laksana-bidaan-nombor-online

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN PERKASA PUSAT PENGAJIAN PONDOK

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Institusi pengajian pondok di Kelantan bermula di Pulai Chondong pada 1820-an. Pondok itu dirintis Haji Abdul Samad (Tok Pulai Chondong). Sejak tempoh itu pusat pengajian pondok semakin berkembang di Kelantan, di mana ketika era kegemilangannya terdapat kira-kira 100 institusi pondok. Bagaimanapun selepas kedatangan penjajahan […]

Subscribe US Now