Judi, arak, maksiat serupa gejala rasuah

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional dan semua pihak sekarang bercakap tidak mahu berkompromi dengan rasuah.

Bagaimanapun gejala serupa masih dibiarkan membelenggu masyarakat iaitu judi, arak dan maksiat tanpa ada pencegahan.

Anggota parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, judi, arak dan maksiat juga perkara mungkar yang mesti dibanteras.

Katanya, bukan sekadar rasuah yang perlu diperangi kerajaan PH sekarang, gejala judi, arak dan maksiat juga kena membendungnya.

“Judi, arak dan maksiat diharam dalam Islam kerana ia merosakkan akhlak manusia. Sama juga dengan rasuah.

“Namun sekarang pemimpin bukan Islam hanya bercakap mahu membantas rasuah dan tidak kepada judi, arak dan maksiat yang juga merosakkan manusia,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu hari ini.

Menurutnya juga kerajaan menganggap judi dan arak tidak menjadi halangan kerana ada permintaan dan boleh menghasilkan pendapatan negara.

Sedangkan kata Nik Abduh, kesemua gejala itu merosakkan manusia serupa dengan rasuah seperti diperkatakan secara meluas sekarang.

“Sepatutnya mereka mengambil contoh di Kelantan yang mengharamkan judi, tempat maksiat dan mengawal penjualan arak untuk bukan Islam sahaja,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7941-judi-arak-maksiat-serupa-gejala-rasuah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penjajahan bentuk baru makin menular

PASIR MAS: Ketika usia Malaysia kini mencecah 61 tahun, namun negara berhadapan penjajahan dalam bentuk baru dan halus sehingga mampu menghakis pegangan umat Islam. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penularan fahaman serta gerakan yang bertentangan dengan Islam semakin berleluasa. Menurutnya, suasana itu bertambah buruk apabila media baru […]

Subscribe US Now