Jumlah mangsa banjir meningkat di Kuala Krai

webmaster

KUALA KRAI: Cuaca di sini lebih cerah sedikit berbanding semalam, di mana hujan hanya sekali sekala lebat.

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir meningkat kepada 877 orang berbanding 650 orang semalam.

Penyelarasan Task Force Kuala Krai Hilmi Abdullah berkata mangsa banjir terbabit terdiri daripada 240 keluarga yang ditempatkan di 10 penempatan banjir yang dibuka semalam.

Katanya juga aliran trafik  pagi ini berjalan lancar memandang jalan Kota Bharu – Kuala Krai di Sungai Tok Bok, Sg Durian telah dibuka semula kepada semua kenderaan.

“Hujan masih turun renyai-renyai sekejap-sekejap pagi ini dan dijangka berterusan sehingga ke tengahari.

“Paras air banjir umumnya sedikit surut daripada semalam. Namun paras bacaan air di Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Bandar Kuala Krai masih mencatatkan bacaan melebihi paras amaran,” katanya di sini.

Manakala di Kampung Manek Urai Lama air Sungai Lebir belum lagi melimpah memasuki kawasan kampung.

Di Kota Bharu malam tadi Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub berharap penduduk yang tinggal rendah mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku banjir.

Katanya mereka hendak berpindah segera sekiranya diarah berbuat demikian.

“Bagaimana pun kita berdoa semoga tidak lagi berlaku banjir di tahun baru,” katanya ada sambutan ambang 2017 di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV. – HARAKAHDAILY 1/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

63 keluarga di lima kampung dipindah

RANTAU PANJANG: Sehingga hari ini seramai 159 mangsa banjir daripada 63 keluarga dipindahkan di lima kampung di Pasir Mas akibat banjir. Antaranya Kampung Rahmat Hilir, Kampung Bukit Sukar, Kampung Rahmat, Kampung Lubok Stol dan Kampung Kedai Lama. Mereka dipindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, Madrasah Haji Daud, SK Gual […]

Subscribe US Now