JUZ 4 “Bertegas Terhadap Pencaci Allah”

SENTUHAN HIDAYAH MENERUSI IBRAH PARA ANBIYA’ DAN SOLEHIN MELALUI JUZ 4⃣

“BERTEGAS TERHADAP PENCACI ALLAH”

Ketika Sayyiduna Abu Bakar Al-Siddiq R.A melalui Bait Midras, tempat perhimpunan Yahudi beliau mendengar Finhas bin Azura’, seorang cendikiawan Yahudi menyebut bahawa Allah miskin kerana berhajat menerima pinjaman daripada manusia sedangkan mereka adalah golongan yang kaya. Lantas Sayyiduna Abu Bakar R.A menampar muka Finhas sehingga mengakibatkan kecederaan. Finhas pergi mengadu kepada Rasulullah S.A.W dan Allah menurunkan ayat yang membenarkan tindakan Sayyiduna Abu Bakar R.A melalui firman-Nya:

لَّقَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّذِینَ قَالُوۤا۟ إِنَّ ٱللَّهَ فَقِیرࣱ وَنَحۡنُ أَغۡنِیَاۤءُۘ سَنَكۡتُبُ مَا قَالُوا۟ وَقَتۡلَهُمُ ٱلۡأَنۢبِیَاۤءَ بِغَیۡرِ حَقࣲّ وَنَقُولُ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡحَرِیقِ

“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami adalah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh para Anbiya’ dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar.” [Ali-Imran: 181]

Perangai puak Yahudi sememangnya suka mencari pasal dengan Syariat Islam dan suka menempelak bahkan menindas umat Islam. Takabbur mereka mengatasi keimanan mereka kepada Allah. Mereka merubah kitab yang diturunkan walaupun panduan wahyu tersebut sudah melengkapi. Mereka suka berdalih dalam mentaati Rasul yang diutuskan sehingga sampai peringkat mereka membunuh para Rasul dengan kejam. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِینَ قَالُوۤا۟ إِنَّ ٱللَّهَ عَهِدَ إِلَیۡنَاۤ أَلَّا نُؤۡمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ یَأۡتِیَنَا بِقُرۡبَانࣲ تَأۡكُلُهُ ٱلنَّارُۗ قُلۡ قَدۡ جَاۤءَكُمۡ رُسُلࣱ مِّن قَبۡلِی بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ وَبِٱلَّذِی قُلۡتُمۡ فَلِمَ قَتَلۡتُمُوهُمۡ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِینَ

“Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang dimakan api. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu nyatakan, maka untuk apa kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam dakwaan kamu)? [Ali-Imran: 183]

Malangnya, perangai jahat Yahudi ini turut diikuti oleh sebilangan masyarakat di Malaysia termasuk daripada kalangan umat Islam. Mereka menghina kandungan Al-Quran, menolak hadis Nabi bahkan mencela Nabi S.A.W. Perbuatan ini adalah sama dengan mencaci Allah SWT kerana tuntutan agar mengikuti Al-Quran, Hadis dan mencintai Rasulullah S.A.W adalah perintah Allah SWT.

Penghina serta pencaci agama dan Nabi kini tidak diberi hukuman berat malah dianggap perbuatan tersebut adalah perkara ringan dan boleh bertolak ansur. Sesungguhnya ummah pada hari ini sangat memerlukan generasi Sayyidina Abu Bakar R.A untuk terus bangkit mempertahankan keizzahan Islam dan keagungan Allah SWT.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
04 Ramadhan 1440H

Ikuti juga info semasa Menteri Besar Kelantan di:

📳FB MB:
https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob

📹Twitter MB:
https://www.twitter.com/DatoAhmadYakob

🌐IG MB:
https://www.instagram.com/DatoAhmadYakob

📱Telegram MB:
https://www.t.me/DatoAhmadYakob

Aplikasi MB: http://nak.la/MBKelantan

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1017275721795878

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment