JUZ 6 “Taat Dan Thabat Asas Kekuatan”

SENTUHAN HIDAYAH MENERUSI IBRAH PARA ANBIYA’ DAN SOLEHIN MELALUI JUZ 6⃣

“TAAT DAN THABAT ASAS KEKUATAN”

Ketika Nabi Musa A.S mengarahkan pengikutnya supaya memasuki Palestin, baginda berpesan supaya tidak ada seorangpun daripada kalangan mereka yang berpatah balik ke belakang. Mereka mesti thabat sekalipun berhadapan dengan musuh yang perkasa. Jika mereka engkar arahan maka sudah pasti mereka akan menerima musibah yang lebih besar.

Firman Allah SWT dalam hal ini:
یَـٰقَوۡمِ ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡأَرۡضَ ٱلۡمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِی كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَرۡتَدُّوا۟ عَلَىٰۤ أَدۡبَارِكُمۡ فَتَنقَلِبُوا۟ خَـٰسِرِینَ
“(Nabi Musa berkata lagi): Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berundur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”. [Al-Ma’idah: 21]

Setelah dikenal pasti bahawa musuh yang bakal mereka hadapi terlalu kuat, pengikut Nabi Musa A.S mulai gentar dan merubah pendirian mereka untuk tidak berjuang bersama Nabi Musa A.S. Mereka sanggup meninggalkan Nabi Musa berjuang bersendirian serta memperlinya supaya meminta pertolongan Allah untuk kemenangan.

Firman Allah SWT:
قَالُوا۟ یَـٰمُوسَىٰۤ إِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَاۤ أَبَدࣰا مَّا دَامُوا۟ فِیهَا فَٱذۡهَبۡ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَـٰتِلَاۤ إِنَّا هَـٰهُنَا قَـٰعِدُونَ
“Mereka berkata: Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya. Oleh itu, pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Kami hanya berada di sini duduk menunggu”. [Al-Ma’idah: 24]

Perjuangan menegakkan syariat Allah dan melebarkan dakwah tidak dihampari dengan permaidani merah. Pelbagai cabaran getir dan halangan pasti dihadapi oleh penegak kebenaran sepanjang zaman. Patuh kepada arahan pimpinan adalah asas kejayaan sesebuah jemaah. Sekalipun arahan tersebut disukai oleh kita atau tidak disukai, dalam keadaan kita lengkap persediaan atau tidak lengkap, maka wajib dipatuhi tanpa sebarang alasan.

Kita jangan sekali-kali mengikut jejak langkah pengikut Nabi Musa A.S daripada kalangan Bani Israel yang meninggalkan Nabi Musa sambil memperlinya. Sebaliknya jadilah Hawariyyun dan Ansorullah yang tidak akan meninggalkan pimpinan bahkan akan tetap istiqamah berjuang bersama mereka sehingga diberikan kemenangan atau menemui syahid di medan perjuangan.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
06 Ramadhan 1440H

Ikuti juga info semasa Menteri Besar Kelantan di:

📳FB MB:
https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob

📹Twitter MB:
https://www.twitter.com/DatoAhmadYakob

🌐IG MB:
https://www.instagram.com/DatoAhmadYakob

📱Telegram MB:
https://www.t.me/DatoAhmadYakob

Aplikasi MB: http://nak.la/MBKelantan

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1018478338342283

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment