JUZ 9 “Elak Musibah Dan Bala Daripada Allah SWT”

webmaster

SENTUHAN HIDAYAH MENERUSI IBRAH PARA ANBIYA’ DAN SOLEHIN MELALUI JUZ 9⃣

“ELAK MUSIBAH DAN BALA DARIPADA ALLAH SWT”

Penghayatan ayat Al-Quran melalui Juz 9 hari ini memfokuskan kepada ibrah melalui perjuangan Nabi Syuaib A.S yang mengajak masyarakatnya beribadah kepada Allah dan tidak melakukan syirik. Baginda juga melarang masyarakatnya daripada mengurangi takaran dan timbangan semasa jual beli. Akibat dakwah itu baginda mulai dibenci dan diarahkan supaya keluar dari negerinya atau kembali kepada ajaran nenek moyang mereka. Allah menceritakan hal ini melalui firman-Nya:

قَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِینَ ٱسۡتَكۡبَرُوا۟ مِن قَوۡمِهِۦ لَنُخۡرِجَنَّكَ یَـٰشُعَیۡبُ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مَعَكَ مِن قَرۡیَتِنَاۤ أَوۡ لَتَعُودُنَّ فِی مِلَّتِنَاۚ قَالَ أَوَلَوۡ كُنَّا كَـٰرِهِینَ

“Ketua-ketua yang sombong takabbur daripada kaum Nabi Syuaib berkata: Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada agama kami. Nabi Syuaib menjawab: Adakah (kamu hendak melakukan sedemikian) sekalipun kami tidak menyukainya?”[Al-A’raf: 88]

Demikianlah, Nabi Syuaib A.S terus berdakwah kepada kaumnya dan menerangkan kebenaran, tetapi yang beriman hanya sedikit saja sedangkan sebahagian besar mereka terus berada dalam kekufuran. Akibat kederhakaan kaumnya, Allah mengirimkan kepada mereka cuaca yang begitu panas yang membuat tanaman mulai kering. Allah menghantar awan hitam yang sebelumnya mereka sangka hujan dan rahmat sehingga mereka berkumpul di bawahnya. Kemudian ditimpakan kepada mereka bunga api yang membakar dan api yang mengerikan sehingga membakar mereka semua. Melihat keadaan itu Nabi Syuaib berkata sebagaimana dalam firman Allah:

فَتَوَلَّىٰ عَنۡهُمۡ وَقَالَ یَـٰقَوۡمِ لَقَدۡ أَبۡلَغۡتُكُمۡ رِسَـٰلَـٰتِ رَبِّی وَنَصَحۡتُ لَكُمۡۖ فَكَیۡفَ ءَاسَىٰ عَلَىٰ قَوۡمࣲ كَـٰفِرِینَ

“Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)”. [Al-A’raf: 93]

Allah telah menegaskan bahawa apabila manusia menerima dakwah para Nabi dan beriman, maka Allah pasti membuka segala keberkatan langit dan bumi. Sebaliknya jika manusia membantah dan mendustakan para Nabi, azab Allah pasti tiba:

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰۤ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَفَتَحۡنَا عَلَیۡهِم بَرَكَـٰتࣲ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. [Al-A’raf: 96]

Iman dan takwa tidak boleh dipisahkan dan menjadi prasyarat utama untuk meraih keredhaan dan anugerah Allah SWT. Sesebuah keluarga akan diberkati dan diberi rahmat serta nikmat apabila adanya iman dan takwa. Iman dan takwa inilah juga yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat dan negara. Sementara itu, bala dan musibah daripada Allah boleh terjadi akibat manusia melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan menolak serta berbantah-bantah terhadap ajaran para Nabi dan Rasul.

Begitulah kita pada hari ini, jika kita menerima Islam sepenuhnya dan ajaran para ulama yang ikhlas, maka Allah akan mendatangkan kesejahteraan kepada negeri dan negara kita. Namun jika tuntutan Islam dipinggirkan bahkan ajaran Nabi dipertikaikan, negeri dan negara akan ditimpa dengan pelbagai musibah dan bala. Wal’iyazubillah

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
09 Ramadhan 1440H

Ikuti juga info semasa Menteri Besar Kelantan di:

📳FB MB:
https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob

📹Twitter MB:
https://www.twitter.com/DatoAhmadYakob

🌐IG MB:
https://www.instagram.com/DatoAhmadYakob

📱Telegram MB:
https://www.t.me/DatoAhmadYakob

Aplikasi MB: http://nak.la/MBKelantan

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1020409884815795

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mana rugi, tarawih atau buka gerai?

CADANGAN tangguh berniaga semasa tarawih di Kelantan ditukar dari arahan wajib kepada pilihan. Alasannya bagi mengelakkan peniaga dan penjaja rugi sepanjang tarawih berlangsung. Ertinya kebesaran Ramadan telah dinilai dengan kerugian peniaga yang tidak beroperasi sejam atau mana lebih pendek masa bersolat. Peniaga gerai makan sekitar kawasan tarawih boleh berniaga dari masa […]

Subscribe US Now