K-RIDERS SANTUNI ASNAF

oleh Nurhusna Farisha Roslan

KUBANG KERIAN – Kelab Penunggang Skuter Kelantan (K-RIDERS) semakin aktif menganjurkan program libat-urus masyarakat khususnya kepada asnaf.

Menurut Pengarah Program, Mohd Ali Akbar bin Yusoff, program terbaharu Santuni Asnaf pada 9 Mei lalu telah mendapat sambutan hangat daripada 12 anggota K-RIDERS.

Presiden Mohamed Rafi’e Abdul Kadir turut turun padang membantu mengagihkan sumbangan seperti makanan asas kepada 33 orang asnaf sekitar Peringat dan Kubang Kerian.

Katanya lagi, program ini juga berlangsung serentak di Pulau Suri, Tumpat.

Wakil K-RIDERS, Mohd Samsuri Razali menyampaikan bantuan kepada lapan asnaf di situ.

Sumbangan ini bertujuan menambah bekalan makanan asasi golongan asnaf yang semakin berkurangan untuk kelangsungan hidup pada bulan Ramadan dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Tambah bermakna bagi pihak K-RIDERS dan asnaf apabila Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap ahli parlimen Kubang Kerian, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sedia berkerjasama menjayakan program ini”, ujarnya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment