Kadar kemiskinan di Kelantan menurun

img-20161024-wa0020KOTA BHARU: Kadar kemiskinan Kelantan terus menunjukkan penurunan setiap tahun hasil kejayaan program kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Kadar pengurangan tersebut sebanyak 1.8 peratus iaitu daripada 2.7 peratus pada tahun 2012 kepada 0.9 peratus pada 2014.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, hal tersebut menunjukkan prestasi ekonomi Kelantan berdasar kuasa beli rakyat.“Saya merakamkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang berkerjasama dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Jabatan dan agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri juga kekal bersih daripada sebarang pendakwaan pihak SPRM,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2017 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya, Kelantan mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri seperti pertumbuhan pesat pasar raya besar di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM21.1 juta bagi memperluaskan sistem rangkaian jalan negeri ini.

Katanya peruntukan itu dikhaskan untuk projek menaik taraf Jalan Pasir Hor Kubang Kerian ke Pasir Jelatang Pasir Tumbuh.

Pembinaan yang dijangka dilaksanakan pada awal 2017 merupakan laluan pintas dari Kota Bharu ke Pasir Tumboh dan Bachok.

“Pembangunan infrastruktur asas akan tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri kerana ianya pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau juga berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai peneraju pembangunan kerjaraya dan infrastruktur turut menerima RM36.71 juta bagi perbelanjaan mengurus.

Katanya projek di bawah jabatan berkenaan yang dirancang iaitu pembinaan jambatan baharu di Pasir Tumboh, projek naiktaraf jalan Kubur Maras dan projek meninggi aras jalan di bandar Kota Bharu.

“Semua projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat dan dianggarkan menelan kos sebanyak RM9.5 juta melalui peruntukan kerajaan persekutuan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment