Kaedah baru bayar Skim Takaful Kifalah

PASIR MAS: Skim Takaful Kifalah Warga Emas (khairat kematian) yang diperkenalkan kerajaan Kelantan sejak Februari 2007 kini ditambah baik lagi.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, bermula akhir April lalu kaedah baucer digunakan berbanding pemberian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.

Katanya, kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu menggunakan cek di mana keluarga warga emas yang meninggal dunia perlu menunggu agak lama sebelum wang itu dimasukkan dalam akaun penerima.

“Berlainan baucer mereka terus menerima tunai RM1,000 dari pihak perbankan selepas RM500 diberi pada hari kematian,” katanya selepas menyerah boucer Skim Takaful Kifalah Warga Emas kepada 28 penerima di Pejabat Adun Pengkalan Pasir semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan berkata, kaedah baru itu bagi mempercepatkan penyerahan wang khairat kematian kepada keluarga warg emas yang meninggal dunia. – HARAKAHDAILY 20/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7846-kaedah-baru-bayar-skim-takaful-kifalah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
20Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment