Kahwin budak: Exco temui keluarga kanak-kanak

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mendapat maklumat lanjut mengenai perkahwinan bawah umur yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi berkata, beliau ke Gua Musang hari ini menemui keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun yang terbabit dengan perkahwinan itu.

“Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada keluarga berkenaan berhubung perkahwinan anak mereka.

“Saya minta maaf, saya tak boleh buat ulasan lanjut sebelum dapat bertemu dengan keluarga berkenaan,” ujarnya ketika ditemui hari ini di Kota Darulnaim sebelum bertolak ke Gua Musang.

Kelmarin anak pasangan yang berasal dari selatan Thailand berusia 11 tahun dilapor dinikahi dengan seorang lelaki berusia 41 yang berasal dari Gua Musang.

Pernikahan secara gantung itu dikatakan diadakan di negara jiran, tempat asal keluarga kanak-kanak terbabit.

Isu terbabit turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan dari segi peraturan perkahwinan gadis bawah usia sebagai tidak sah. – HARAKAHDAILY 2/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan PH terus polisi tekan rakyat

KUALA KRAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diharap membawa lembaran baru buat rakyat Malaysia, rupa-rupanya hanya menyambung tradisi menindas rakyat. Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor mengumumkan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang enggan menukar beg udara yang bermasalah. Adun Mengkebang, Ustaz Muhammad Mat Sulaiman berkata, kerajaan persekutuan dilihat […]

Subscribe US Now