Kaji pelaksanaan perintah berkurung remaja

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyokong cadangan pelaksanaan perintah berkurung dalam kalangan anak-anak bawah umur pada waktu malam.

Bagaimanapun kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakannya secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu melihat kesan pelbagai sudut.

Oleh itu katanya, bagi peringkat pertama ia perlu dibawa kepada perbincangan dengan Majlis Mesyuarat Kelantan.

“Sekiranya ada kesesuaian ia boleh diterima pakai. Masyarakat khususnya ibubapa tidak akan terkejut sekiranya ia dibuat dengan hati-hati.

“Dalam masa sama kita juga akan mengkaji undang-undang perintah berkurung di beberapa negara lain untuk disesuaikan dengan budaya di tempat kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Sayyidatina Khadijah 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selasa lalu, Adun Kuala Balah Dato’ Abdul Aziz Derasit mencadangkan diadakan perintah berkurung bagi kanak-kanak di bawah umur pada waktu malam. – HARAKAHDAILY 2/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8606-kaji-pelaksanaan-perintah-berkurung-remaja

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment